Pada 24 April lalu guru-guru Pemulihan Khas Daerah Manjung telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke negeri Kedah Darul Aman. Pada tarikh yang sama juga beberapa orang Guru Besar yang terlibat dengan lawatan ini tidak dapat menyertai sama dan digantikan dengan Guru Kanan sekolah masing-masing.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Musa
bin Hamid, Penolong PPD Pendidikan Khas/ Pemulihan daerah Manjung.
Pengerusi lawatan pula ialah Puan Rosnaini, Guru Besar SK Gelong Gajah.
Sebanyak tiga buah bas telah ditempah untuk lawatan ini.
Rombongan bertolak jam 5.00 pagi dari PPD, Sitiawan menuju ke SK Sungai Seluang dan SK Guar Lobak dalam daerah Kulim.
Mudah-mudahan ilmu yang diperoleh daripada lawatan ini dapat diaplikasi di sekolah masing-masing. Jauh perjalanan menambah pengetahuan moga dapat dikongsi bersama rakan sekerja dalam memberi didikan terbaik buat anak-anak yang dahagakan ilmu.
(foto ehsan En Zazalee)
Ada kalanya guru-guru mengalami masalah sakit kepala. Kebiasaannya guru perempuan yang mengalami masalah sedemikian. Sakit kepala tersebut mungkin datang daripada pelbagai punca. Malah bagi yang menghidap migrain, panadol biasa mungkin tidak mendatangkan kesan sehinggakan terpaksa mengambil ubat lain yang diarahkan oleh doktor.
Kiranya anda berhadapan dengan masalah sakit kepala akibat tertekan dengan tingkah laku murid-murid, lebih-lebih lagi bagi guru Pemulihan Khas yang pening kepala berhadapan kerenah anak-anak yang pelbagai....... disarankan amalkan membaca ayat 19 dari surah Al Waqiah.
Bacalah ayat tersebut dan hembuskan di tapak tangan. Seterusnya sapu perlahan-lahan di kepala. Sambil berdoa dan berselawat mohon Allah menghilangkan kesakitan. Mudah-mudahan berkat kesabaran dan kebergantungan anda pada Allah SWT, urusan anda dipermudahkan. Cubalah.... semua penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati.