welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 29 April 2012

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Disiplin merupakan perkara penting untuk mencapai kecemerlangan.  Tidak hairanlah rata-rata yang kita lihat mereka yang berjaya dan cemerlang hari ini merupakan seorang yang berdisiplin dalam hidupnya.  

Seseorang itu perlu ada perasaan tanggungjawab dalam melakukan tugasnya.  Penggunaan tenaga yang optimum perlu diambilkira.  Pengalaman yang ada wajar diadun dan dicanai serta dibentuk bagi melahirkan sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat.  Segala gabungan unsur-unsur tersebut perlu digemblengkan bagi mewujudkan budaya kerja yang cemerlang.

Dalam aspek ini kita mesti bersikap jujur dengan tugas kita.  Amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu dipikul sebaik mungkin.  Dalam bekerja juga perlu ada strategi.  Kita perlu kenal kedudukan kita, tahu apa peranan kita, malah tabah dalam menghadapi cabaran atau halangan yang bakal kita tempuhi.   Cabaran utama adalah dari dalam diri kita sendiri.  

Sekiranya kita ditegur, jangan mudah melatah.  Mungkin ada teguran membina yang boleh kita terima pakai sebagai penambahbaikan kerja kita.  Perbaikilah kesilapan kita di samping meneruskan usaha ke arah membangunkan dan mempertingkatkan kerja kita.  Kalau kita asyik mendengar komen orang, takkan ke mana sudahnya kita.  

Bagaimanakah hendak seronok bekerja?  Sentiasalah memasang niat bahawa kita bekerja ikhlas kerana Allah.  Mengharapkan kerja kita dinilai sebagai suatu ibadah malahan kerja itu tidak melalaikan kita hingga melupai Tuhan Yang Maha Mencipta.  Selain itu ingatlah juga bahawa ilmu yang kita ada patut kita kongsi bersama rakan sekerja demi menaikkan produktiviti jabatan tempat kita bekerja.

Sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua staff, menghormati yang di atas mahupun yang di bawah kita.  Tanpa mereka siapalah kita.  Mungkin tanpa sokongan dan bantuan mereka juga kita takkan berjaya hingga ke tahap sekarang. 

Friday 20 April 2012

JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS & LINUS
SK LEKIR, 32020 SITIAWAN, PERAK
2012

PENASIHAT
EN HASAMUDDIN BIN HUSSAIN
(GURU BESAR)

PENGERUSI
PN MOORHANI BT SULONG ZAINAL
(PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1
PN HJH ZARINA BT JOHARI
(PK HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI 2
PN ROHANA BT KAMARUDDIN
(PK KOKURIKULUM)

PENYELARAS
PN FARIDATUL AKMAR BT IBRAHIM
(GURU PEMULIHAN KHAS)

SETIAUSAHA
PN JARIAH BT KAMARUDDIN
(GURU LINUS)

AHLI JAWATANKUASA
EN AHMAD BASRI BIN ADNAN
EN MOHAMAD ZAHARI BIN HAMZA
EN MOHAMAD RASHID BIN ADALAN
PN NOR RIZAN BT ABU HASSAN
PN SABIRI BT MOHAMED KHALID
PN FARIDATUL AMNA BT AHMAD NAIM
PN CHE WA BT SAAD
PN SALAWATI BT HASSAN
PN RUHAIZAN BT SAUJUD
PN HJH ROZIAH BT YAAKOB
PN VIMALA DEVI A/P SUBRAMANIAM
CIK HARYANI BT HANAFI (GURU B&K)  


Monday 16 April 2012

permata pemulihan & linus...

1.  Muhammad Firdaus Ezwan bin Rosli  (2P)
2.  Mohamad Lokman bin Mok Tasim  (2P)
3.  Muhammad Farizuddin bin Alias  (2P)
4.  Muhammad Adam bin Mohd Rodzi  (3P)
5.  Muhammad Fildaus bin Mohad Nor  (3P)
6.  Mohd Edry Shah Elmy bin Razmi  (4P)
7.  Mohd Afiq Farhan bin Mohd Fadhil  (4P)
8.  Nur Ain Hazirah binti Alias  (4P)
9.  Nurul Nadila binti Abdullah  (4P)
10. Mohamad Amirul bin Aziz  (5P)


kalau bukan kelapa puan,
tidak puan kelapa bali;
kalau bukan kerana anak tuan puan,
takkan kami berbakti di sini.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu;
kami sedia beri bimbingan,
asalkan rajin menuntut ilmu.

Saturday 14 April 2012

semuanya bermula di sini...

dua tiga kucing berlari, ilmu yang ada silalah kongsi

tanam pinang rapat-rapat, hati senang sama sepakat
 Guru-guru memainkan peranan penting dalam meneruskan usaha murni mendidik anak-anak yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Namun perlu diingat bahawa keupayaan berfikir mereka tidaklah sama.
Pulau Pandan jauh ke tengah, sama bangunkan murid yang lemah

ikan gelama ikan haruan, mari bersama kita bangunkan




Meskipun tidak semua insan dilahirkan sempurna, namun mereka berhak mendapat pendidikan yang sewajarnya mengikut kemampuan masing-masing. 





Maka di situlah kebijaksanaan dan kesabaran guru-guru diuji...... sesungguhnya cabaran dan ujian itu kian memartabatkan nilai diri guru-guru.





Solusinya..... murid-murid yang kurang bijak itu boleh berjaya jika ada kesungguhan dan kerajinan.  Dan guru-guru boleh syukur berbangga dengan usaha mereka tanpa mengenal erti putus asa.  Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.

KITA SEMUA BERBEZA.....

tekun melaksanakan tugasan yang diberi....


Kita wajar bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita.  Setiap insan punyai kelebihan masing-masing.  Begitu penciptaan Allah.  Kita tidak dilahirkan dengan terus menjadi pandai.  Namun begitu kita tidak juga dilahirkan dengan seribu satu kekurangan.  Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, Pemurah malahan amat Penyayang.

Setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing!  Jika tidak sedemikian.......  sudah tentu ramai yang menjadi doktor dengan otak bijak yang Allah kurniakan, tapi siapakah yang akan menjadi tukang sapu yang yang akan bertindak menjaga kebersihan dan ketenangan kawasan hospital nanti???  Tidakkah merupakan satu bebanan kiranya kita hanya bijak membuang sampah tetapi tidak ada pekerja-pekerja majlis perbandaran menghantarnya ke pusat pelupusan sampah bagi meredakan suasana persekitaran??? 

Justeru kita perlu ingat dan buka minda agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan kerana kita tidak dilahirkan keseorangan di dunia ini.  Kita perlukan tangan-tangan mereka yang boleh membantu.  Jika kita mampu, kita sepatutnya memberi.  Namun jika kita pula memerlukan bantuan, maka dengan rendah hati mohonlah pertolongan tanpa ada rasa bongkak dalam dada. 

Perbezaan di antara kita semua menjadikan kita saling memerlukan.  Seseorang itu dinilai dengan ilmu yang ada pada dirinya, orang berilmu amat mulia.  Jadi...... kongsi-kongsikan ilmu yang ada.  Jangan kedekut ilmu atau menyembunyikan ilmu.  Kita amat bimbang sekiranya Allah akan menarik semula ilmu yang diberikan kepada kita itu.  Sentiasalah bersyukur.........

Friday 13 April 2012

kursus pembinaan blog

belajar tetap belajar.............
14 April 2012

Kursus Pembinaan Blog telah berlangsung di makmal komputer SK Lekir pada 14 April 2012 bermula jam 8.00 pagi.  Kursus ini bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru malah staf yang lain turut mengambil bahagian.

Puan Noorazrina binti Mazlan selaku guru ICT SK Lekir memainkan peranan penting sebagai pemudahcara.