dua tiga kucing berlari, ilmu yang ada silalah kongsi |
tanam pinang rapat-rapat, hati senang sama sepakat |
Namun perlu diingat bahawa keupayaan berfikir mereka tidaklah sama.
Pulau Pandan jauh ke tengah, sama bangunkan murid yang lemah |
ikan gelama ikan haruan, mari bersama kita bangunkan |
Meskipun tidak semua insan dilahirkan sempurna, namun mereka berhak mendapat pendidikan yang sewajarnya mengikut kemampuan masing-masing.
Maka di situlah kebijaksanaan dan kesabaran guru-guru diuji...... sesungguhnya cabaran dan ujian itu kian memartabatkan nilai diri guru-guru.
Solusinya..... murid-murid yang kurang bijak itu boleh berjaya jika ada kesungguhan dan kerajinan. Dan guru-guru boleh syukur berbangga dengan usaha mereka tanpa mengenal erti putus asa. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
No comments:
Post a Comment