welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 14 April 2012

KITA SEMUA BERBEZA.....

tekun melaksanakan tugasan yang diberi....


Kita wajar bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita.  Setiap insan punyai kelebihan masing-masing.  Begitu penciptaan Allah.  Kita tidak dilahirkan dengan terus menjadi pandai.  Namun begitu kita tidak juga dilahirkan dengan seribu satu kekurangan.  Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, Pemurah malahan amat Penyayang.

Setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing!  Jika tidak sedemikian.......  sudah tentu ramai yang menjadi doktor dengan otak bijak yang Allah kurniakan, tapi siapakah yang akan menjadi tukang sapu yang yang akan bertindak menjaga kebersihan dan ketenangan kawasan hospital nanti???  Tidakkah merupakan satu bebanan kiranya kita hanya bijak membuang sampah tetapi tidak ada pekerja-pekerja majlis perbandaran menghantarnya ke pusat pelupusan sampah bagi meredakan suasana persekitaran??? 

Justeru kita perlu ingat dan buka minda agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan kerana kita tidak dilahirkan keseorangan di dunia ini.  Kita perlukan tangan-tangan mereka yang boleh membantu.  Jika kita mampu, kita sepatutnya memberi.  Namun jika kita pula memerlukan bantuan, maka dengan rendah hati mohonlah pertolongan tanpa ada rasa bongkak dalam dada. 

Perbezaan di antara kita semua menjadikan kita saling memerlukan.  Seseorang itu dinilai dengan ilmu yang ada pada dirinya, orang berilmu amat mulia.  Jadi...... kongsi-kongsikan ilmu yang ada.  Jangan kedekut ilmu atau menyembunyikan ilmu.  Kita amat bimbang sekiranya Allah akan menarik semula ilmu yang diberikan kepada kita itu.  Sentiasalah bersyukur.........

No comments:

Post a Comment