ORANG KATA 'BELAJAR DARI PENGALAMAN'.....
Berada di bawah bumbung pemulihan khas ini sesungguhnya mengajar erti sabar tatkala mendidik.
Kiranya ingin duduk-duduk goyang kaki bukanlah di sini tempatnya. Malah ada yang beranggapan di sinilah destinasi paling akhir untuk ditempatkan anak-anak yang diistilahkan sebagai 'lambat', 'lembam', 'lemah' dan banyak lagi istilah yang tidak sedap didengar.
Untuk melepaskan kata-kata memang mudah. Namun untuk menjilat semula apa yang pernah dihamburkan itu...... mampukah???
Dan di sinilah bermulanya 'nasib' mereka. Namun begitu ramai guru atau pendidik yang terpilih untuk menjadi ibu atau bapa bagi anak-anak begini di setiap sekolah patut menerima penghargaan. Di sinilah medan untuk menguji kreativiti guru, malah menguji kesabaran guru.
Dan bertitik tolak di sinilah ramai dalam kalangan anak-anak itu berjaya juga akhirnya. Berkat kepayahan yang disulami kesabaran dan kekuatan semangat itulah menjadikan guru-guru pemulihan tetap setia dengan tugas membimbing dan mendidik anak-anak sedemikian.
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia berbagai rupa dan keistimewaannya. Moga-moga guru-guru pemulihan sentiasa dapat menjaga hati dan bersyukur saat diuji. Melaksanakan tugas dan amanah ini menuntut kesabaran. Sesiapa yang bersemangat cekal dan kental berhadapan pelbagai kerenah manusia dan bertawakkal kepada Allah, mudah-mudahan berjaya melepasi takah ujian ini.
Sesungguhnya DIA bersama orang-orang yang sabar.
No comments:
Post a Comment