Berbalik pada ketentuan Allah, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaAllah. Tapi andaikata Allah tak izinkan, apalah yang mampu kita buat. Cuma di samping berusaha membantu dan membimbing, setiap Guru Pemulihan diharapkan mendoakan mereka. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin! Itu kena faham betul-betul. Kalau setakat berdoa sahaja tanpa berusaha, takkan ke mana sampainya kita. Tugas kita berusaha, berusaha dan terus berusaha. Untuk memudahkan laluan, untuk mengekalkan daya ingatan, semua itu kerja Allah.
Persoalannya kita bukannya melahirkan barangan buatan kilang, boleh ditambah perisa yang dibenarkan, ubat tahan, atau bungkusan yang menawan dan memikat pengguna. Boleh bertukang sana sini agar ia kelihatan kemas, cantik dan bermutu tinggi. Ianya berkaitan dengan minda atau otak ataupun akal fikiran. Anugerah Allah yg dapat membezakan antara kita dengan haiwan atau binatang.
Tidak semua dalam kalangan kita otaknya sama, kepandaiannya sama. Setiap insan itu berbeza, itulah ciptaan Allah yang menunjukkan kehebatannya. Kalau tidak bijak dalam mengira, mungkin kita bagus menulis, atau hebat berpidato, ataupun punya bakat menyanyi, bertukang dan sebagainya. Yang hanya menjual burger mungkin pendapatannya lebih lumayan daripada pendapatan seorang guru! Itu semua kita lebih maklum.
Anak istimewa yang ditempatkan di kelas Pemulihan Khas ini mungkin ada bakat istimewa yang lain. Semua itu anugerah Allah. Mungkin ada yang boleh menyanyi, bersukan, melukis dan mewarna, ada yang juga hebat bercerita. Subhanallah....... Cuma cikgu yang perlu teliti dalam memerhati dan menyokong bakat mereka.
No comments:
Post a Comment