Petik sekuntum bunga melati,
Buat hiasan di tepak sirih;
Berkenal mesra denganmu Kak Ani,
Izin kuucap terima kasih.
Anak puyuh lari-larian,
Sayang kaki tersadung akar;
Kenangan bersama jadi ingatan,
Dalam hati semarak segar.
Anyam ketupat tengah halaman,
Ibu di dapur menenggek rendang;
Bersama-sama kongsi pengalaman,
Takkan hilang budi dipandang.
Mangga muda dibelah-belah,
Hajat hati nak buat jeruk;
Tiket relief dihulur sudah,
Terima sajalah jangan merajuk.
Selasih merimbun tepi perigi,
Bersulam pandan celah mencelah;
Guru Kanan gelaran diberi,
Urusan pentadbiran bukanlah mudah.
Anak padi subur menghijau,
Di tengah bendang sepat berkejaran;
Kelas Pemulihan sering ditinjau,
Bertanya khabar tidak dilupakan.
Sayang tempua bersarang rendah,
Burung kelicap di atas dahan;
Berkhidmat dengan penuh berhemah,
Saranan teguran jadi panduan.
Daun angsana jatuh guguran,
Mari menimpa bunga di taman;
Bila SKL puan tinggalkan,
Kepada kami dilupa jangan.
Padi sawah padi huma,
Enak sekali buah berangan;
Jenguklah kami sesekali cuma,
Jika Allah memberi kelapangan.
Tepung pelita si kuih cara,
Buat hidangan putera mahkota;
Kiranya ada tersilap bicara,
Ampun dan maaf kami meminta.
Jatuh mengalir si air mata,
Duduk mengenang di pinggir kali;
Sekadar di sini pertemuan kita,
Entahkan bila bersua kembali.
Thursday, 21 February 2013
Sunday, 3 February 2013
BUKAN BUATAN KILANG
Nampak sahaja tidak ramai murid-murid Pemulihan Khas ni. Betul, memang betul. Tapi untuk memulihkannya ada kalanya memakan masa sebulan dua. Ada juga sampai setengah tahun. Ada waktunya mengambil masa setahun dua. Malah ada ketikanya terlalu atau amat sukar dipulihkan walaupun guru-gurunya telah berusaha sedaya upaya. Ada yang baru diajar sebentar tadi, bila ditanya sekarang ...... lupa. Tidak dinafikan. Daya ingatan begitu ketara lemah. Ada kalanya rasa kasihan menghantui.
Berbalik pada ketentuan Allah, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaAllah. Tapi andaikata Allah tak izinkan, apalah yang mampu kita buat. Cuma di samping berusaha membantu dan membimbing, setiap Guru Pemulihan diharapkan mendoakan mereka. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin! Itu kena faham betul-betul. Kalau setakat berdoa sahaja tanpa berusaha, takkan ke mana sampainya kita. Tugas kita berusaha, berusaha dan terus berusaha. Untuk memudahkan laluan, untuk mengekalkan daya ingatan, semua itu kerja Allah.
Persoalannya kita bukannya melahirkan barangan buatan kilang, boleh ditambah perisa yang dibenarkan, ubat tahan, atau bungkusan yang menawan dan memikat pengguna. Boleh bertukang sana sini agar ia kelihatan kemas, cantik dan bermutu tinggi. Ianya berkaitan dengan minda atau otak ataupun akal fikiran. Anugerah Allah yg dapat membezakan antara kita dengan haiwan atau binatang.
Tidak semua dalam kalangan kita otaknya sama, kepandaiannya sama. Setiap insan itu berbeza, itulah ciptaan Allah yang menunjukkan kehebatannya. Kalau tidak bijak dalam mengira, mungkin kita bagus menulis, atau hebat berpidato, ataupun punya bakat menyanyi, bertukang dan sebagainya. Yang hanya menjual burger mungkin pendapatannya lebih lumayan daripada pendapatan seorang guru! Itu semua kita lebih maklum.
Anak istimewa yang ditempatkan di kelas Pemulihan Khas ini mungkin ada bakat istimewa yang lain. Semua itu anugerah Allah. Mungkin ada yang boleh menyanyi, bersukan, melukis dan mewarna, ada yang juga hebat bercerita. Subhanallah....... Cuma cikgu yang perlu teliti dalam memerhati dan menyokong bakat mereka.
Betapa dunia hari ini diwarnai dengan pelbagai jenis manusia dan bermacam kebolehan, kemahiran dan bakat. Namun mereka perlu boleh membaca, menulis dan mengira. Dan di sinilah Guru Pmulihan memainkan peranan penting dalam membantu mereka tanpa mengira agama dan bangsa. Sesungguhnya Allah menilai walau sebesar zarah pun usaha murni kita. Dan selepas itu terserahlah pada ketentuan Allah. Dia amat luas pengetahuanNYA.
Berbalik pada ketentuan Allah, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaAllah. Tapi andaikata Allah tak izinkan, apalah yang mampu kita buat. Cuma di samping berusaha membantu dan membimbing, setiap Guru Pemulihan diharapkan mendoakan mereka. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin! Itu kena faham betul-betul. Kalau setakat berdoa sahaja tanpa berusaha, takkan ke mana sampainya kita. Tugas kita berusaha, berusaha dan terus berusaha. Untuk memudahkan laluan, untuk mengekalkan daya ingatan, semua itu kerja Allah.
Persoalannya kita bukannya melahirkan barangan buatan kilang, boleh ditambah perisa yang dibenarkan, ubat tahan, atau bungkusan yang menawan dan memikat pengguna. Boleh bertukang sana sini agar ia kelihatan kemas, cantik dan bermutu tinggi. Ianya berkaitan dengan minda atau otak ataupun akal fikiran. Anugerah Allah yg dapat membezakan antara kita dengan haiwan atau binatang.
Tidak semua dalam kalangan kita otaknya sama, kepandaiannya sama. Setiap insan itu berbeza, itulah ciptaan Allah yang menunjukkan kehebatannya. Kalau tidak bijak dalam mengira, mungkin kita bagus menulis, atau hebat berpidato, ataupun punya bakat menyanyi, bertukang dan sebagainya. Yang hanya menjual burger mungkin pendapatannya lebih lumayan daripada pendapatan seorang guru! Itu semua kita lebih maklum.
Anak istimewa yang ditempatkan di kelas Pemulihan Khas ini mungkin ada bakat istimewa yang lain. Semua itu anugerah Allah. Mungkin ada yang boleh menyanyi, bersukan, melukis dan mewarna, ada yang juga hebat bercerita. Subhanallah....... Cuma cikgu yang perlu teliti dalam memerhati dan menyokong bakat mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)