Dalam kesibukan orang lain bercuti, anak-anak ini masih rajin meluangkan masa untuk hadir ke sekolah. Belajar dalam suasana menyeronokkan.....
Mengisi masa mengikut jadual yang dijanjikan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi mulai hari Isnin hingga hari Khamis tidak menjadi masalah bagi mereka. Malah mereka menyatakan bahawa duduk di rumah pun 'boring'. Datang ke sekolah lagi seronok, dapat belajar sesuatu dan menambah ilmu.
Kelas bermula pada 4 Jun dan berakhir 7 Jun 2012. Nampak sedikit kesal di wajah mereka pada hari terakhir kelas...... mengapa ya???
Rakan lain ada yang mungkin menghabiskan cuti dengan duduk tekun di depan televisyen menyaksikan pelbagai hidangan di musim-musim cuti begini. Mungkin ada juga yang masih diulit mimpi di siang hari. Namun keseronokan jelas terbayang di wajah mereka yang hadir ini.
Anak kecil Tahun Satu ini pun turut sama hadir walaupun tidak dijemput. .......Saja-saja nak tumpang belajar!!!
Emmm.... tak jadi masalah... janji datang sebab nak belajar. Tak siapa yang akan halau. Ilmu yang ada patut kita kongsi sama-sama, semuanya datang dari Allah. Belajar terus belajar sampai ke nafas yang terakhir!!!
No comments:
Post a Comment