PORT DICKSON, Negeri Sembilan,,,,,,,,,,,,,,,, jauh juga tempat kursus tersebut. Namun atas dasar menambah dan memantapkan ilmu, kami berlapang dada ke sana. Aku dan Wahida mengambil keputusan menaiki bas ke destinasi memandangkan tempat tersebut belum pernah kami jejaki. Bimbang tersesat atau mungkin tempat dituju sukar ditemui!!!
Syukur alhamdulillah, kami akhirnya selamat tiba. Tempat yang selesa dengan penceramah yang mesra. Menarik sekali info yang kami terima. Walaupun bukan tajuk berkaitan Pemulihan Khas namun ia berkait rapat dengan dunia kami. Ceramah berkisar Autisme, Disleksia dan ADHD. Pendek kata, ia berkaitan langsung dengan Pendidikan Khas!
Ceramah atau taklimat berlangsung dalam dua bahasa. Hanya seorang sahaja penceramah berkongsi ilmu sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Pendedahan tentang autisme, disleksia dan ADHD didedahkan kepada kami. Kebarangkalian anak didik kami di kelas pemulihan khas mempunyai ciri-ciri yang diutarakan. Dalam kategori manakah mereka???
Meskipun penceramah dan pemudahcara bukan terdiri daripada kaum Melayu, namun penggunaan bahasa Melayu mereka agak baik. Bahasa Inggeris yang digunakan mudah difahami.
Mengenali anak-anak yang mempunyai ciri-ciri autisme, disleksia dan adhd memerlukan pemerhatian secara langsung. Sesetengahnya pula mengambil masa yang agak lama. Pemerhatian perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan mereka berada dalam kategori yana mana satu,
Dengan adanya pengetahuan tentang perkara tersebut, maka guru pemulihan dapat mengenalpasti kedudukan murid-muridnya di tahap mana.
CIRI-CIRI AUTISME
- kurang senyum
- suka sendirian
- pengulangan
- bermain secara aneh
- suka kepada rutin
- masalah komunikasi dan sosial CIRI-CIRI ADHD
- kesukaran memulakan tugasan
- gangguan tumpuan perhatian
- mengelak tugasan yang memerlukan tumpuan lama
- sentiasa bergerak
- bercakap tak henti-henti
- sukar menunggu giliran
- sukar mengikut arahan
CIRI-CIRI DISLEKSIA
- daya ingatan jangka pendek yang lemah
- masalah dengan proses memperoleh semula perkataan
- masalah dengan urutan / siri
- masalah berkenaan fonologi
* tahap IQ yang sederhana atau tinggi
* kelihatan normal
* belajar kebanyakan kemahiran dengan baik
* boleh bergaul dengan baik dengan rakan sebaya
* melukis dengan baik
* perlahan dalam proses membaca dan menulis
No comments:
Post a Comment