"Cuti ni takde kelas ke cikgu?" tanya salah seorang anak muridku. Prihatin benar dia dengan hari-hari cuti yang bakal menjelang.
"Ada, insya-Allah nanti cikgu bagi surat. Cikgu dah mohon kebenaran dari guru besar, beliau izinkan," jelasku kepadanya.
Dan pada hari yang dijanjikan, memang benar bahawa dia hadir bersama rakannya yang lain. Aku dimaklumkan bahawa Shah dan Nazirah tidak dapat hadir kerana pulang ke kampung.
"Azam tak nak datang, cikgu." beritahu Afiq kepadaku.
"Tak mengapalah......... mungkin dia banyak kerja. Nak bantu mak atau ayahnya cuti-cuti ni," aku sentiasa memujuk mereka untuk belajar berbaik sangka.
Syukur sangat-sangat kerana ada dalam kalangan ibu bapa anak muridku memberi komitmen terhadap pembelajaran anak-anak. Sedia berkorban masa menghantar dan mengambil anak mereka. Turut menyediakan wang belanja atau menyediakan bekal buat mereka. Malahan tidak berungut kiranya anak terpaksa datang dalam cuti-cuti begini. Tabik hormat pada mereka!
Dengan sokongan padu ini serta doa yang dipanjatkan, mudah-mudahan anak-anak didik ini dipermudahkan Allah menerima apa yang diajar. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Cikgu doakan buat semua, semoga beroleh kejayaan. Cuma perlu usaha, usaha dan teruskan usaha. Jgn lupa jaga solat dan mohon doa pada Allah. Kita bukan dilahirkan untuk gagal, kejayaan itu akan menjadi milik kita kalau kita mencarinya sungguh-sungguh. Yakin, berdoa dan tawakkal padaNYA. Insya-Allah, mereka yang berusaha Allah janjikan dengan kemenangan dan kejayaan.
No comments:
Post a Comment