Minggu kempen anti dadah bermula pada 25 Mei 2012, iaitu sebaik-baik PKSR 1 selesai. Keadaan padang yang digenangi air di beberapa tempat tidak mengizinkan semua murid turun padang. Semua murid tahap satu berada di kelas dengan kawalan guru mengikut jadual kelas masing-masing.
Pagi Jumaat yang cerah itu dimulai dengan acara senamrobik oleh semua
murid tahap dua bersama guru-guru dengan bimbingan seramai tiga
orang instruktor dari Klinik Kesihatan Sitiawan dan Lekir. Senamrobik yang dimulai jam 7.50 pagi itu berlangsung selama setengah jam.
|
Tak sabar nampaknya nak memulakan senamrobik.... |
|
Guru-guru yang turut sama menyertai senamrobik. Steady cikgu!!!!! |
|
Pn Moorhani Sulong Zainal (PK Pentadbiran) menyampaikan sedikit cenderahati kepada instruktor. |
Sebaik-baik selesai acara senamrobik, semua murid tahap dua mengambil tempat di dalam dewan untuk menyaksikan slot ceramah "Gaya Hidup Sihat" yang disampaikan oleh penceramah khas Dr Haslinda binti Ismail. Beliau mengupas tentang pengambilan makanan yang betul, makanan berkhasiat dan sebaliknya. Selain itu maklumat tentang kesan atau penyakit berkaitan kesilapan pengambilan makanan turut dijelaskan.
|
Mengambil peluang bertanya soalan/ kemusykilan kepada doktor dalam sesi soal jawab |
|
Sedikit buah tangan daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh Pn Zarina Johari (PK Hem) |
No comments:
Post a Comment